Pertama Kali Nak Claim Insurans Kereta Lepas Accident? Ini Panduan Lengkap Dari CKR
“Malang tidak berbau.” Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa & tak dijangka walaupun kita dah sehabis baik berhati-hati ketika memandu dan kalau ini kali pertama anda mengalaminya, memang boleh rasa panik atau tak tahu nak mula dari mana. Tapi jangan risau, CKR Autoworkshop sediakan panduan langkah demi langkah untuk bantu anda selesaikan proses tuntutan insurans dengan mudah.
1. Tenangkan Diri & Ambil Bukti di Lokasi Kemalangan
Pastikan anda dan penumpang selamat.
Ambil gambar dari pelbagai sudut: kerosakan, nombor plat, lesen memandu pihak terlibat dan kawasan sekitar.
Catat info penting: nama, nombor telefon, nombor plat, gambar kad pengenalan, gambar lesen & insurans pihak satu lagi.
Tips CKR: Simpan gambar dan info dalam folder khas di telefon atau create satu group whatsapp dan simpan semua bukti yang diperlukan supaya senang rujuk nanti.
2. Lapor Polis Dalam 24 Jam
Anda perlu ke balai polis berdekatan untuk buat laporan, ini wajib walaupun kerosakan nampak ringan.
Bawa sekali kenderaan ke balai jika boleh dipandu. Kalau tak boleh, hubungi bantuan towing. Lebih baik hubungi towing dari syarikat insurans/takaful kenderaan, elakkan terima offer dari towing yang tiba-tiba muncul setelah berlakunya kemalangan.
Dapatkan salinan laporan polis dan keputusan siasatan (biasanya ambil masa 3 hari bekerja).
3. Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Anda
Call atau email syarikat insurans anda dan beritahu tentang kemalangan.
Sediakan dokumen penting seperti:
Salinan laporan polis
Salinan IC & lesen pemandu
Gambar kerosakan
Polisi insurans
Geran kenderaan
4. Hantar Kenderaan ke Bengkel Panel
Untuk proses tuntutan lancar, pastikan anda hantar ke bengkel panel insurans.
5. Kenal Pasti Jenis Tuntutan Anda
Own Damage: Tuntutan atas polisi sendiri jika anda yang bersalah.
Third Party Claim: Anda tak salah dan buat tuntutan terhadap insurans pihak lawan.
6. Tuntut Pampasan 'Loss of Use' (Kalau Layak)
Jika kereta anda dibaiki dan tak boleh digunakan, anda mungkin layak tuntut pampasan harian.
Jumlah dan tempoh akan ditentukan oleh pihak insurans berdasarkan laporan adjuster.
Checklist Dokumen Tuntutan
Laporan polis
Kad pengenalan & lesen
Gambar kerosakan & tempat kejadian
Geran kereta (VOC)
Polisi insurans
Laporan adjuster (jika perlu)
Surat tuntutan 'loss of use' (jika berkenaan)
Peringatan Penting
Elakkan “setel tepi”, ia boleh jadi risiko jika pihak satu lagi ubah cerita.
Simpan semua rekod dan komunikasi berkaitan kemalangan.
📞 Hubungi kami sekarang jika anda terlibat dalam kemalangan. CKR sedia bantu dengan cara paling mudah & cepat untuk pelanggan yang sibuk macam anda.
Nak mudahkan lagi proses? Anda boleh buat booking terus dan kami akan urus semuanya untuk anda.
👉 Klik sini untuk booking servis & claim insurans
Artikel seterusnya kami akan kongsikan bagaimana proses “Loss of Use”